Monday, January 4, 2010

Gathering Hafiz Hamidun @ KL Sentral


Tanggal 1 Januari 2010 telah diadakan satu perjumpaan khas bagi peminat2 setia penyanyi nasyid yang sedang "top" sekarang ini iaitu saudara Hafiz Hamidun. Gathering ini diadakan sempena kembara beliau ke negara Turki tidak lama lagi. Sebelum berangkat, beliau ingin beramah mesra dengan peminat2 setianya dan mengharapkan sokongan untuk beliau terus maju dalam industri ini. Kami [azim & shahiran] krew d'jambey turut sama memeriahkan program yang diadakan selama 2jam itu. Program yang dijangkakan bermula pada pukul 4 petang telah diawalkan masanya pada pukul 3.30 petang kerana peminat2 HH sudah pun berada di sana. pada waktu itu. Di dalam perjumpaan itu kami telah bertemu ramai peminat2 Hafiz Hamidun yang sudah lama ingin bertemu dengan penyanyi nasyid popular ini dan bergambar bersama beliau. Lokasi perjumpaan ini berlangsung di The Chicken Rice Shop KL Sentral. Selepas tamat perjumpaan tersebut, kami krew djambey sempat berborak panjang dengan beliau sebelum keberangkatannya ke Turki pada malam itu. Perbualan kami selesai pada pukul 5.45 petang dan sempat bergambar bersama beliau.

0 comments:

Post a Comment

D'jambey Entertainment © 2008 Template by:
SkinCorner